Taman Laut Sultan Iskandar terletak di daerah pantai Mersing Johor. Taman yang diwartakan sebagai Taman Marine ini terdiri daripada 13 pulau di 6 kelompok pulau iaitu Pulau Besar , Pulau Tinggi , Pulau Aur , Pulau Sibu , Pulau Rawa dan Pulau Pemanggil. Taman ini dihiasi oleh struktur hutan bukit, hutan bakau dan pantai yang indah.