Lokasi yang sangat strategik. Hidangan & lauk pauk yang sangat sedap. View Masjid Sultan Salahudin yang sangat lawa.
4) Sarapan pagi yang pelbagai dan ENAK. Ni nak bagi tau, roti canai Hotel Concorde Shah Alam sangat sedap! Trust me. Restoran mamak pun kalah tau. Try lah breakfast kat sana.
Ada dua benda yang aku suka dengan Concorde Shah Alam. Pertama bilik penginapan yang superb, satu lagi bab makan minum juga superb. Kali pertama aku dining kat sini adalah untuk berbuka puasa. Barokah Ramadhan barangkali, terus selera tekak aku ngam dengan air tangan chef depa.
Dah nama pun buffet dinner so makan semuanya yang hado. Ktorang duduk makan dari tak de orang sampai penuh café tu kan, mostly ramai yang celebrate birthday makan kat sini. Sepanjang aku duduk makan tuh, lebih kurang 5 kali orang nyanyi lagu birthday.