Pasar Malam Wakaf Che YehTidak sah datang ke Kelantan jika tidak berkunjung ke sini!!! Kemeriahan yang terdapat di sini sukar dilupakan jika anda pernah berk...
Waktu puncak atau pengunjung yang ramai adalah pada waktu malam hujung minggu dan cuti sekolah. Paling sesak teruk adalah pada malam Hari Raya Puasa. Jika masuk melalui pintu gerbang dengan kenderaan, pihak Sensatimur akan mengenakan bayaran RM2 untuk setiap kali masuk. Pada waktu malam, anda dinasihatkan tidak masuk melalui pintu gerbang untuk mengelakkan kesesakan. Seeloknya parking diluar jika jem teruk, ataupun alternatif adalah parking di seberang jalan. Tetapi pastikan kereta dikunci sebaiknya dan mempunyai steering lockkerana banyak juga kes kecurian kenderaan di sini.
Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual disini, tetapi kepada anda yang ingin datang ke sini diwajibkan untuk pandai minta kurang. Selain itu, anda kena survey terlebih dahulu harga-harga di kedai lain sebelum membuat keputusan.
Secara kesuluruhannya Pasar Malam Wakaf Che Yeh merupakan satu destinasi membeli belah yang paling best di Kelantan. Korang boleh membeli belah, makan-makan dan melihat gelagat-gelagat penjual-penjual yang amat menarik dan kreatif di sini. Semestinya Pasar Malam Wakaf Che Yeh akan menjadi destinasi wajib kami setiap kali ke Kota Bharu.
Tempat bercuti ke Kelantan yang WAJIB dikunjungi, Pasar Wakaf Che Yeh. Memang meriah dan tempat makan best pun banyak. Tempat shopping yang Tip TOP !